Category Archives: Uncategorized

Tahun baru. 2013.

new_year

2012. Banyak peristiwa. Bersulam suka, duka, tawa, airmata. Biasa laaa tu.. Nama pun hidup. Mana best kalau statikkkkkk je kannnnnnnn…

Terima kasih


Petang yang mendung bersama segelas coklat panas, slurrppppp… nyaman..

Kali terakhir kami bersua muka, aku rasa … 1993 kot. Lepas tu hilang tanpa jejak. Semalam, selepas 17 thn, jejak kasih berlaku di facebook. Hp berbunyi, aku angkat, aku gelak dan gelak dan bla bla bla bla bla… Terima kasih kerana masih mengingati dan berusaha mencari. Aku menghargainya dari segenap hati. Sungguh.

Tunggu

Diluar Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Semoga segalanya akan kembali seperti sediakala…

Hujung minggu

Hujung minggu habiskan kerja edit-mengedit gambar wedding Azmi & Nana di Semenyih + Kajang. Nak keluar sayang minyak! Dushhhh!! Kedekut taik idung masin!! Bukan kedekut daaa… ikut seruan uncle Dolah, ubah cara idup. Ok  Uncle Dolah, lepas ni, pi opis jalan kaki tau, tak yah nak ngada2 naik keta. Ada berani?

milawazzup.com

Mila AF5 official website. www.milawazzup.com

Sedar tak sedar sudah setahun. Banyak betul cerita asam, garam, pahit, manis. KA lah yang bawak aku terjebak dalam semua ni. Tapi aku happy. Banyak pengalaman baru kan KA kannnnnn… syiokkkkk.. OK lah tuuuu!

 

Sorakan Emosi

Latest job. Sorakan Emosi. Printed.

Demam Euro 08 dah mula. Aku yg tak terlibat dlm ini gambar terpaksa melibatkan diri, dah hari-hari duk dengar dorang membebel pasal Euro 08. Aku rasa Malaysia yang jadi juara! Huhuhuhuhu.. Demam panas apo..

Catch Euro 08 live on Hypp.tv for free! No subscription needed! Just log on to www.hypp.tv !

Tadi waktu lunch aku  beli air kelapa, gerai tepi jalan yang pakai payung besar warna-warni tu.  Semalam RM1 dan hari ni RM1.20.  Terkulat-kulat sekejap cari 20 sen.  Tak sampai 24 jam, harga dah naik. Tu baru gerai tepi jalan. Panasss.. panas….

Percubaan ke dua

Blogspot aku gagal. Sebab malas… (alasannnn… mmg malas pun)

WordPress, aku cuba lagi. Sama-sama kita saksikan tahap kemalasan bertambah kronik atau sindrom kerajinan akan memangkah tahap kemalasan aku tu.

Dengan ini, diisytiharkan kewujudan cqeng wordpress persamaan ngan tarikh minyak naik harga RM2.70!