Pengembaraan Bermula

medal_kidney

29 April 2011.
Larian pertama aku mulakan. Lari keliling kawasan rumah. Adusssssss… penattttt.. Oksigennnnn!!! Lari 10 saat dah rasa nak terburai isi perot. Jantung rasa nak pecah. Teruk sungguh stamina aku. Banyak berjalan tapi dengan semangat yang berkobar-kobar, aku berjaya habiskan 2.4KM dalam masa 31min. Keesokkan harinya, aku teruskan lagi. Habis 3.49KM.

November 2011.
Aku mendaftar di gym, Fitness First. Rajin sungguh. 7 hari seminggu. Melampau! Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tak gitu?

4 Mac 2012.
Aku beranikan diri mendaftar untuk larian World Kidney Day 2012. Larian bermula di Dataran Merdeka. Terima kasih teramat sangat pada member baik yang melambai waktu permulaan dan menanti aku di garisan penamat. Yang terus memberi sokongan moral, fizikal, mental dari dulu sampai sekarang. (Dah macam ucapan menang Grammy Awards plak) Tapi malang.. gambar yang member aku ambil waktu mula larian semua hampeh! Ada aku kisah? Tak punnnnnn..  Hahaha. Aku berjaya menghabiskan 7KM: 1:06:30. Tu diaaaa.. slow sungguh aku lari. Tapi yang penting I DID IT!!! Nak mengalir airmata waktu sampai di garisan penamat. Tak sangka aku berjaya habiskan.

Maka pengembaraan aku menjadi semakin hebat. Berbaloi-baloiiiii!!!

Gambar : Medal pertama. Akan ku kenang sampai bila-bila.

Advertisements

Aku GEMOK

gemok

Gemok. Obersiti. Iyaaaa.. aku tau.. itu lah aku. Aku tak ingat bila masa aku kurus. Sepanjang ingatan ini asyik gemokkkkk je. Seluar pernah mencecah size 40. Baju dah lebih XXXL. Ditimbang kilo, pernah mencecah 110kg. Tersangat suka pada jajan, dessert. Air manis tu jangan cakap lah, sahabat karib. Air kosong musuh utama!

Cubaan untuk diet? Banyak kali. Ubat murah? Ubat mahal? Semua dah tibai. Hasilnya? Haraammmmmm.. satu pun tak menjadi. Macam mana nak dapat hasil, harap ubat semata-mata, terpedaya dengan janji-janji kosong iklan-iklan diet. “Kini anda tidak perlu menahan lapar, makan apa saja, anda tetap kurus. Makanlah ubat diet jenama ABC, pasti tubuh anda langsing!”,. Citttt porahhhhhhhh! Memang tipah tertipu. Sampai kesudah tak langsing.

Satu hari, waktu nak pergi kerja. Dalam lift. Ada seorang budak lelaki dalam umur 3 tahun. Sungguh ikhlas dia berkata-kata. Dia panggil aku ‘kakak gemok’. Sentapppp kejap. Hahaha! Tapi cepat-cepat sedar diri. Memang gemok pun. Ntah macam mana, panggilan kakak gemok tu sangat menusuk hati. Aku selongkar almari, cari pakaian sukan, ipod, sambar jam Garmin. Maka bermulalah pengembaraan hebat aku tanpa bantuan ubat-ubatan. Dan hasilnya adalah gambar kat atas.

Terima kasih pada budak lelaki tu. Baru ni aku jumpa dia lagi dalam lift. Rasa nak belanja dia makan aiskirm. Tapi nanti mak dia cakap apa pulak, ada udang disebalik mee kaaa..

Linguine Carbonara

linguine carbonara

Linguine Carbonara (425Kcal)

  • 50 gm linguine
  • 125 ml Low fat milk
  • 21 gm Less fat cheese
  • 34 gm beef frankfurter
  • 1 tsp olive oil
  • Garlic, onion (chop)
  • Oregano, parsley, paprika, pepper
  • Salt, sugar

Masak linguine. Toskan. Letak tepi dulu.

Panaskan olive oil, tumis garlic, onion.
Masukkan susu, beef frankfurter, cheese, oregano, parsley, pepper, salt, sugar.
Dah gelegak, sebati, masukkan linguine.
Bila dah serasi bersama, letak dalam pinggan. Letak paprika. Siap!

Resepi sihat ini, untuk tekak aku, lulus!  🙂

Tahun baru. 2013.

new_year

2012. Banyak peristiwa. Bersulam suka, duka, tawa, airmata. Biasa laaa tu.. Nama pun hidup. Mana best kalau statikkkkkk je kannnnnnnn…

1000 Kisah Satu Hati

ungu_1000

Album ni dah lama berada dalam simpanan. Sejak bulan Ogos. Tp tak pernah sempat dihayati hinggalah hari ni. Ni pun gara2 dari menilik Tangga Lagu Indonesia Desember 2010. Hampir separuh lagu dari album ini berada dalam carta. Terdetik dihati, best ker album ni? Tak tunggu lama, terus mainkan 1000 Kisah Satu Hati. Wah! BEST BANGET!!!

Terima kasih


Petang yang mendung bersama segelas coklat panas, slurrppppp… nyaman..

Kali terakhir kami bersua muka, aku rasa … 1993 kot. Lepas tu hilang tanpa jejak. Semalam, selepas 17 thn, jejak kasih berlaku di facebook. Hp berbunyi, aku angkat, aku gelak dan gelak dan bla bla bla bla bla… Terima kasih kerana masih mengingati dan berusaha mencari. Aku menghargainya dari segenap hati. Sungguh.

Tunggu

Diluar Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Semoga segalanya akan kembali seperti sediakala…